Selamat Sejahtera dan Selamat Datang ke Zareez.

Thursday, May 9, 2013

Maksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


Nasihat saya, amalkanlah ayat ini dengan niat ini amalan rasulallah.
segala kelebihan ayat ini kita niatkan biarlah Allah yang menentukan.

Amalkan ayat ini secara berterusan secara nombor ganjil ( 3,7,9....).
Amalkan lepas solat, menaiki kenderaan, dalam kesulitan dan masa terluang.

Selebihnya Allah Maha Mengetahui.

Friday, March 9, 2012

EMPAT GOLONGAN MASYARAKAT ISLAM SEKARANG (A,B,C,D)

Bismillah..

EMPAT GOLONGAN MASYARAKAT ISLAM SEKARANG (A,B,C,D)

Anda mahu tahu bagaimana masyarakat islam zaman sekarang? Secara amnya, kita boleh bahagikan kepada empat golongan. Golongan A, B, C dan D.
...
1. A = AWAM
Masyarakat yang tergolong dalam kategori awam adalah masyarakat yang islam hanya pada nama, yakni islam 'I' (besar) dan bukan islam 'i' (kecil). Faham istilah 'i' (kecil) dan 'I' (besar)?

Sekarang, kita aplikasi konsep ini pada islam/Islam. ISLAM i (kecil), maksudnya seseorang itu memang mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam. Dia solat, puasa dan melakukan ibadah-ibadah lain. Manakala ISLAM I (besar), seseorang itu meletakkan islam hanya pada nama.

Islam hanya dalam IC, tetapi hakikatnya dia tidak pernah bersolat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakannya.

Dan sudah terang lagi bersuluh, golongan A ini semakin menguasai dunia. Boleh kata mereka ini golongan majoriti.

2. B = BIASA
Golongan yang kedua dinamakan golongan biasa. Masyarakat yang tergolong dalam kategori biasa ini mungkin mengaplikasikan ISLAM i (kecil). Mereka bersolat, berpuasa, dan beribadah dengan baik. Mereka buat ibadah-ibadah wajib.

Tetapi, golongan ini mempunyai sedikit perasaan 'cukup' dalam diri mereka. Bagi mereka, cukup sekadar membuat ibadah-ibadah wajib.

Dan golongan B ini tidak mahu topup pahala dgn menghadiri majlis-majlis ilmu atau melakukan ibadah-ibadah sunat. Bagi mereka, buat yang wajib sudah memadai. Golongan B ini kurang sedikit bilangannya berbanding golongan A. Tetapi masih banyak kuantitinya di muka bumi Allah ini.

3. C = COMMITED
Masyarakat yang tergolong dalam kategori commited ini tarafnya 'up' sedikit dari golongan awam dan biasa. Mereka buat ibadah-ibadah wajib dan pada masa yang sama mereka juga buat ibadah-ibadah sunat. Mereka suka menghadiri majlis-majlis ilmu juga selalu membaca al- Quran.

Mereka sangat istiqamah, commited dengan ibadah-ibadah mereka. Tetapi golongan ini boleh dikatakan sedikit kedekut. Golongan commited ini juga boleh diumpakan seperti katak di bawah gelas. Sekali lagi, taraf mereka 'up' sikit dari katak-katak yang tinggal di bawah tempurung yang memang langsung tidak nampak apa yang berlaku di dunia luar.

Katak di bawah gelas ini istimewanya ia nampak apa yang berlaku di dunia luar. Ia nampak kawan-kawannya buat maksiat. Ia juga nampak islam sedang terumbang-ambing dan semakin nazak. Ya, ia nampak semua itu tetapi ia tidak mahu mengambil tahu. Duduk saja di bawah gelas, tunggu dan lihat. Baginya, cukup dirinya sahaja yang beribadah bersungguh-sungguh.

Buat apa mahu ajak org lain? Bukankah kubur lain-lain? Begitulah sikap golongan ini yang seperti katak di bawah gelas. Dan golongan C ini kurang sikit bilangannya berbanding golongan biasa. Tapi masih wujud di muka bumi ini.

4. D = DAIE
Golongan terakhir adalah masyarakat yang tergolongan di bawah kategori Daie. Masyarakat yang tergolong di bawah kategori daie ini adalah masyarakat yang selalunya dikecam. Mengapa? Sebab golongan ini suka menyampaikan. Mereka 'sibuk' hal orang lain.

Mereka tidak mahu masuk syurga seorang diri. Mereka mahu mengajak kawan-kawan serta saudara-saudara mereka semua kembali pada islam yang sebenar. Mereka tidak suka menjadi katak yang duduk di bawah gelas. Mereka tidak kisah kredit mereka habis. Mereka sibuk beribadah dan juga sibuk mengajak orang lain untuk turut sama beribadah kepada Tuhan.

Mereka sedar tujuan mereka diciptakan bukan sahaja untuk beribadah tetapi untuk menjadi khalifah juga.

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Malangnya golongan D ini teramatlah sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan golongan A, B dan C. Golongan D ini golongan asing. Tetapi mereka tidak kisah. Kerana apa? Kerana mereka ingat kata-kata Rasulullah SAW, 'dan beruntunglah orang-orang yang asing'.

Kesimpulan, sebagai seorang islam, terpulang pada diri masing-masing mahu jadi golongan yang mana. A. B. C atau D?

Pilihan di tangan anda.

Dan aku hanya menyampaikan.
"sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat"

InsyaAllah..... =)